Suami kamu…

 

 

Kamu  bilang

Suami kamu datang ketika perlu…

Dia tinggalkan
air liur basi
Daki-daki
Dan haruman burberry

Dia tinggalkan bisikan kata2 indah

Sebelum kamu sama-sama beraksi
Dengan Tuhan sebagai saksi

Dia tinggalkan dengan pelukan
Juga ciuman hangat
Sambil tangan berkeliaran

 

Dia tinggalkan duit ringgit

Untuk kamu bersuka ria

Menghilang rasa kebosanan diri..

Dia tinggalkan kamu sendiri
Dan janji untuk hadir lagi
Selepas selesaikan anak bininya…

Dia tinggalkan kamu di kamar indah..

Di kamar sepi….

Di kamar airmatakamu…
-

-

Aku pulak entah mahu senyum atau simpati?

Aku sudah bilang sebelum ini

Jangan dan  jangan, bersuamikan milik orang lain..

Inilah adat bermadu..

Hanya manis pada zahir.. didalamnya hempedu.. !

Aku hanya boleh nasihat.. tp kamu yg menempuhnya..

Keputusan di tangan kamu.. bukan aku.. !

Bersuaralah untuk keadilan diri sendiri.. !

Pasrah.. Bersabar.. Dan selalu Berdoa untuk diri sendiri ya.. !

 

 

Bookmark and Share

Hijab!

 

 

Orang bertanya ke aku… bila aku akan berhijab !

 

Aku tersenyum dan berkata ;

 

Berapa ramai wanita yang berhijab itu melakukannya kerana Allah?

 

Aku tahu azab untuk orang tak berhijab…  tp biarlah aku berhijab bukan kerana orang, bukan untuk meniru tudung ala yuna, tudung ekin mawi..tudung waheeda.. tudung soleha…tp aku bertudung dari keikhlasan hati.. kepatuhan yg taat datang dari diri..

Dan tak semestinya org yang tak berhijab itu jahil tentang agama & hukum Allah.. !

 

Walaupun baju kita sama
Kasut sama
Mahu makan menu yang sama
Sembang perkara yang sama
Pemikiran sama
Semuanya sama

 

Tapi hati dan prinsip kita berbeza!

 

 Kenapa?

Janganlah tanya kenapa.

Cuba angkat baju kita dan lihat pusat ditubuh kita.

Sama ke????    ;-)

 

Adakah ini fesyen?

 

 

Bookmark and Share

Romeo n Juliet

 

 

Dalam 24jam… aku hanya perlukan I jam utk kamu merangkul tubuhku..

Dalam 24 jam… aku perlukan 60 minit untuk kamu belai hatiku..

Dalam 24jam … aku  hanya mau 3600 saat untuk kita beradu kasih..

 

Tapi kata kamu

 

Cukup hanya 5 minit untuk semua itu, asalkan ia memberi kesan dan tetap ada kepuasannya…

 

Aku angguk dan geleng..

 

Ikut saja rentak dan irama kamu yg penting ia ikhlas dr hati kita dan tidak membebankan kita.. ! Kita cuba faham bukan utk hari ini tp biar ia bertahan tuk selamanya.. !

 

Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan.

Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hitam dan mengerikan.
Sepahit apa sekalipun, aku mahu hirupnya sama kamu…

 

Kamu.. romeoku..

 

 

moga ada cinta yang tak pernah haus untuk kita!!

 

-

-

 

 

Bookmark and Share

Tak Perlu Difahami.. !

 

 

semalam,dok aku ketawa dgn lawak yg dibuat oleh anak buah aku.. Tiba2 aku menangis di bahu anak buah aku. dia usik, “kenapa mesti bahu? bukan lutut?” haha memang dia kelakar. sentiasa ada idea membuat lawak. comel pulak tu.. tp tak secomel aku.. hahaa

 

sebenarnya, aku bukannya perempuan yang lemah. aku tak pandai nak ekspres perasaan dengan kata-kata yang kena diluahkan dengan menggunakan deria suara. sebab setiap kali aku bercakap, mesti penerimaan tu salah daripada apa yang hendak aku sampaikan. aku maksudkan aku sedih tapi sang pendengar menganggap aku pathetic. aku maksudkan aku resah tapi sang pendengar menganggap aku desperate.

Aku cakap aku sakit tapi sang pendengar kata aku saja nakkan perhatian.. !

tak boleh nak salahkan pendengar sebab masing-masing punya identiti hati dan jiwa tersendiri. aku suka coke berbanding pepsi tapi kamu suka pepsi berbanding coke. salahkah kamu …tak!!!!! salahkah aku? Tak juga.. !

 

aku rasa, tak perlu aku terangkan pada dunia kenapa aku begini sedangkan aku sebenarnya begitu. Biasalah..! aku boleh bagi jawapan supercliche iaitu “manusia… memang begitulah” tapi aku bukan manusia cliche. mengulang apa yang sudah jadi basi dalam sistem penghadaman telinga. jadi bosan bukan?

 

aku tak sengsara dan pada masa yang sama, aku juga tak lah sangat-sangat bahagia. dan entah kenapa, tempat favourite aku buat masa ini adalah di bilik tidur . tempat di mana aku boleh buat kerja dan layan lagu tanpa ada sesiapa mengganggu. seperti dibenarkan berbogel dalam ruang peribadi milik aku sendiri. total! a different feeling yang sangat-sangat aku hargai walaupun anak buah selalu masuk interframe  sebab cemburu tengok aku senyum-senyum mendengar lagu.

 

yeah, it’s good. no matter what. lagipun aku umat yang sungguh-sungguh menyerah diri kepada Allah. apa pun yang aku rasa, itu semua datang daripada Dia. buruk baik. aku cuma berjalan mengikut commands Allah kepada alam semesta; kun maka jadilah ia; fayakun.

 

dia tak paham… kamu pun tak paham juga. aku dah hilang keupayaan berkata-kata. suara fizikal dan suara hati. mungkin betul yang aku sakit. mungkin benar yang aku tidak sihat. tetapi selagi kesakitan dalam dada setiap kali mengenangkan keadaan ini. aku tau aku masih waras. duduk dan berdiri masih tegak mengadap wajah muka bumi. Walaupun org cakap bumi itu bulat dan petak kata aku. Kalau heksagon pun mungkin, siapa yang tahu? melainkan Dia yang satu.

 

Apa2pun kita senyum saja , supaya org tahu kita bahagia.. !

 

 

 

 

 

Bookmark and Share

Arjuna dan Cinta

 

 

Cinta dikhianati, cinta terhalang, cinta antara dua darjat, cinta tidak direstui…

Apakah persamaanya… ??

Jawapannya :

Kecewa, Hampa.. Sedih… !

itulah Alkisahnya…

 

Dialog Antara Arjuna dan Maknya;

 

** 3 bulan yang lepas :

 

Arjuna : Mak kalaulah sekiranya jodoh along dengan org luar( Negara lain & agama lain).. Makterima tak.. mak suka tak.. !

 

Mak : Along, pilihan along mak terima.  Janji yang terbaik untuk Along.. baik juga untuk mak.. Along yg nak kawen.. !

 

** I minggu yang lepas

 

Arjuna : Mak, ini along kenalkan pilihan hati along… Namanya “ Na O mei “( bkn nama sebenar) ..

 

Mak : Tak ada lagi ke org Malaysia.. Mak tak suka… Blaaaaaa  blaaa( si  mak mulai bersyarah…  penuh emosi  dgn rasa tidak suka kehadiran gadis itu)

 

Komen aku : Alahai .. kau ni arjuna..  cinta jangan buat kau jd kuang ajar kat mak kau..  dengar cakap mak kau…  isshh kau ni serius ke dengan gadis tu.. aku macam tak yakinlah…. !!

 

 

Dialog Antara Arjuna dan kekasih hatinya “ Na Oi mei “

 

Arjuna : saya minta maaf atas keadaan ini.. sepatutnya kedatangan awak disambut baik oleh mak saya.

 

Na O mei : saya tak tahu nak cakap apa.. selama ini saya berkorban utk cinta kita.. cari jalan lepaskan halangan semua.. akhirnya.. semuanya buat saya sedih.

 

Arjuna : plss.. faham situasi saya … saya tahu , awak dah banyak berkorban tuk saya dan awak juga dah berkorban cinta kita.. Saya hargai niat tulus awak.. !

 

Na O mei.. : awak tahukan saya dah masuk islam 3 bulan yang lepas..

 

Komen aku : aku jadi terdiam…… hmmmmm.. !!

 

 

 

 

 

Bagi aku.. sesuatu diluar dugaan .. nampak masalah simple.. but banyak makan dalam.. !

Cinta buat tak keruan.. cinta menghayutkan.. cinta penuh tanda Tanya. !

Selama ini arjuna itu memang anak yg taat, dialah pengganti ayahnya sejak ayahnya meninggal.. dialah yg byk berkorban untuk familynya.. Dan aku juga tahu, kalau arjuna ini jatuh cinta memang dia penuh komitmen 100%..

 

Bagi aku, antara arjuna dan maknya,

-        dia perlu banyak bersabar kalau nak kebahagian.. seperti dia cakap kat aku.. “ Dya,  aku pun macam kau juga..  dlm hubungan kawen aku nakkan REstu keluarga dan aku percaya pada Restu itu.. apatah lagi restu mak ayah.. “

 

Antara arjuna dan Na O mei,

 

-         Kesian dan sangat kesian pada gadis itu, dahlah sebelah family dia ada halangan tp kerana cinta dia perjuangkan hingga dia berjaya.. dan masuk islam.. bukan mudah apa yg dia pertahankan.. !

 

Susah nak buat kesimpulan , nak berpihak yg mana satu.. sebab dia melibatkan dua jiwa wanita dan satu hati lelaki. Untuk melepsakan amat payah.. nak menelan terasa pahit.. !

 

 

Untuk arjuna;

Bawa bersabar..  hanya kesabaran saja ubat bagi cinta terhalang ini…cuba pikat  hati mak baik2, yakinkan mak kamu. Jangan kerana masalah ini, perhatian kamu berkurangan..

Mak yg mana tak sayang anak, sbg seorg mak, dia tahu dimana kekurangan anaknya..naluri seorg  mak memang miracle.. !

Walaupun kamu bagi mak kamu beribu2 sebulan, tp sebenarnya mak kamu tak harap semua itu.. mungkin mak kamu takut kamu akan hanyut, bila kamu dah kawen nanti, apatah lagi skrg ni kamu dah jarang balik kampong.. !

 

Untuk Na O mei,

Harap si arjuna dapat membantu dia mengenali lebih Islam.. Islam itu indah.. Kalau rungsing jadikan solat 5 waktu itu ketenangan.. kalau jiwa kacau.. jadikan Al-Quran itu kedamaian..  Kamu yakin dan faham maksud Rukun islam dan rukun iman.. dan yang penting percaya pada Kententuan dan erti REdha..

Cuba solat hajat untuk melembutkan hati mak arjuna dan solat istiharah utk dpt petunjuk.. Insyaalah.. ada jawapan yg akan tersimpul juga..

 

Sebagai sahabat..

Aku sentiasa mendoakan kebahagian untuk kamu.. dan selalu ada telinga untuk mendengar  masalah kamu.. ada mulut untuk bagi pendapat .. ada hati untuk rasai apa yg kamu rasa.. Kita  kawan dah lama.. bukan sehari dua..

 

Pengajaran ;

Apa yg kita nak, bukan mudah kita dapat… ! Kadang2 kita dah usaha..kalau bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita.. tp kalau ia jodoh kita lautan api tetap sanggup renang.. !

 

 

Aku sentiasa mendoakan dan berharap ada munajat cinta untuk kamu…

 

“ TUhan kirimkan sahabat aku, kekasih yg baik hati.. yang setiasa bersama dengan restu keluarga “

 

 

Perjuanglah cinta kamu habis-habisan.. sekurangnya2 kalau kamu tewas kamu akan rasa kepuasan.. kerana kamu dah berusaha.. ! dan kalau kamu Berjaya..kamu akan lebih hargai cinta ini sampai ke syurga.. !

 

 

p/s: wahai arjuna.. aku rindu nak baca blog kamu..jgn biar dia mati selamanya. !

 

 

Bookmark and Share

GEram. + Marah

Apa kamu rasa kalau ;

Privacy kamu dicerobohi

Harta benda kamu di ambil

Barang kesayangan kamu di pakai orang

Anda bagi madu, racun yang kamu dapat..

Kalau aku…. Aku rasa:

Sangat sedih

Sangat marah,

Sangat geram,

Nak Sumpah seranah

Bengang,

Mencarut hingga menunjukkan jari tengah.. ( hahhaaa)

Aku ni bukan seorg yang berkira, tp dah banyak kali aku pendam perasaan hingga makan dalam akhirnya meletup juga bagai tsunami.. !

Dah banyak kali aku cakap.. dah banyak kali aku nasihat.. dah banyak kali juga aku bagi muka… tp kalau dah jenis manusia tak faham bahasa memang susah…

Nak lempang anak orang… nak bunuh plak aku yg ke tali gantung… nak membebel aku plak letih.. nak moody .. org lain pulak yang kena marah…

Akhirnya aku ketawa sorang2..macam org gila..

Yang penting aku bahagia diluar walau didalamnya tersiksa… !

p/s : skrg aku dah ada scandal, hari2 aku “ cakap2 “dgn dia, aku say goodmorning.. aku wish gudnite…. Sangat gembira.. ! tak boleh nak cerita lebih2 pasal my scandal.. sebab nak buatkamu..kamu .. kamu … suspen.. ! hahhaaa

scandal itu mulanya aku panggilnya dyna.. tp sebab dah aku periksa jantinanya aku tukar ke daddy… ;-) .. so sweet !

abang taufikku… jgn cemburu yah… !! tp kalau cemburu tandanya sayang kan.. hehee

Bookmark and Share

Selamat Pengantin Lama

kalau diikutkan, malas nak post gambo2 ni… maklumlah pengantin ini dah basi tp memandangkan dah janji dgn ezwan a.k.a teman tapi nakal puan suzy aku rajin2 jugalah .. ! Untuk ezwan.. pelaminmu dah musnah.. hahaaa

semoga kekal hingga ke syurga..

dan semoga makin hari makin sayang dan saling memahami..

suzy & daus

Bookmark and Share

Bila Hati Berbicara

 

 

Bila aku post shoutout di Friendster “ kosong” ada yg bertanya.. !

 

Aku pun tak tahu… macammana nak jelaskan..!

 

Kosong hati, kosong jiwa, kosong hidup.. sedangkan aku tahu ada org yg slalu dgn aku..

 

kenapa yang terlihat cuma kekosongan? mana agaknya kepulan awan2 dan burung2 berterbangan? mana pergi deru angin yang biasanya menyanyi lagu angan2? mengapa yang ada cuma langit kosong yang seolah mati tak berkawan?

 

Itu yg aku rasai. !

 

Bulan ini aku memang kurang post entri..Selalunya kalau jiwa aku gelisah..idea tuk berblog memang mencurah2..Tp skrg..bila jiwa aku gelisah…aku hanya jd pendiam, pemerhati ,pembebal dan pemarah.. !

-

byk bnda kena fikir….sbb nak kehidupan dalaman yg baik.Ya Allah,ujian ni semua… dugaan ni semua.. aku kena tempuh juga.. !

 

namun aku pasti,semua ini akan mendidik aku sesuatu.
apa pun jua.

tapi sesuatu.
aku lebih kuat dari apa yang aku tahu

 

-

Lately ini banyak sangat org nak bg aku marah.. buat aku marah.. atau aku yg cepat terasa..

 

Bukan marah sampai nak sepak terajang, aku marah dalam hati. Kemudian aku moody tak tentu pasal mengalah perempuan gila meroyan!


Lama-lama, aku belajar untuk senyum sahaja. Cakap sahaja “it`s ok” untuk dijahanamkan. Cakap sahaja “let it be” untuk segala kehancuran. Cakap sahaja “baiklah” untuk segala kesakitan. Memang benar hati pedih siapa yang tahu.

Tak apa. Cakap sahaja tak apa. Hari esok masih ada untuk aku, kalau Tuhan masih berikan nyawa.

Esok ada lagi?

Harapnya tidak dilelapkan dari dunia ini supaya dosa-dosa lepas dapat di ampunkan untuk menuju ke syurga..

 

hm.. aku rindu zaman kecil kecil…tk payah nk risau pasal hidup sangat… yg tahu bila susah gelisah cari  ibu dan abah.. !

 

*empty feeling* -rindu nk jd kecil balik….rindu please!!

Bookmark and Share

Entri patah hati – 2

 

Aku dapat rasa aku dikecewakan lagi.. !

Ya.. itu yg aku rasakan..

Baik aku usap2kan dadaku dr skrg… tarik napas dalam2.. Sebab aku tahu aku akan kecewakan lagi… !!

 

Walaupun hati aku tak pernah berubah… kau tetap di hatiku .. dr dulu hingga kini.. !

 

Ehhh.. kamu..kamu.. jgn ketawakan aku…

Sebab aku akan bertukar menjadi sang harimau yg kelaparan… !!

Entri ini adalah kesinambungan dr entri ini..http://62018068.blog.friendster.com/2009/05/entri-patah-hati/

 

Ohh kenapalah season ni.. dgn team kampong pun boleh kalah.. cissss.. !

 

 

 

 

 

 

 

Bookmark and Share

Conversation with my future husband

 

 

Dia tanya bila lagi?

Aku kata, nanti-nanti

 

Dia tanya, kenapa?

Aku kata, takde apa-apa

 

Takde apa-apa? dia tanya

Aku kata, a’ah sambil ketawa

 

Kenapa, tanya dia

Aku kata belum pandai masak laksa peneng mcm mak awak

Takpe, makan mak masak jer..

Tapi sampai bila?

Sampai bila-bila, asalkan bersama

 

Aku mudah emosional

Takpe, aku rasional

Aku sometimes sengal

Takpe, aku takkan sesal

 

Gosok baju aku malas

Takpe, aku boleh galas

Basuh baju pun aku malas

Aku tolong….

 

Anak aku nak banyak

Ala planning’kan ditangan kita

Aku pentingkan kerjaya

Takpe, itukan  untuk kebahagian kita

 

Kau tak rasa ini semua alasan ?

Kalau rasa sekalipun, apa aku hairan

Aku degilkan?

Aku Cuma cinta kau sakan

 

Cinta saja tak cukup sayang

Tapi at least kita cuba sayang

Cinta saja tak kenyang

Tapi cinta boleh hapuskan perang

 

Aku rasa belum bersedia

Takpe, aku tunggu….

Tunggu sampai saya boleh pikat hati awak dan family awak… ye..

Tetap tunggu seperti yang dijanjikan

 

Insyaallah ada jodoh tak kemana.. !

Percaya pada cinta kita dan cinta Allah.. !

Bookmark and Share

Cintailah Cinta

 

 

Malam tadi… sambil golek2 nak tido, aku mendengar sebuah rancangan radio yang begitu mengujakan aku. Aku rasa seperti kembali berada ditahun 80-90an. Rancangan menghantar luahan hati dan perasaan. Ucapan cinta dan kasih kepada orang tersayang. Auuwwwwwwww !! ( geli geleman aku… wlaupun aku romantis tp aku rasa ini lg romantis.. hahaa)

Tak sangka, ditahun 2010 ini masih ada yang menghantar luahan mereka ke stesen radio untuk dibacakan oleh dj bertugas. Bukan salah, cuma perlukah nak bagitau 1Malaysia yang kau cintakan dia?

Contoh;

“Kiriman SMS seterusnya datang dari Saudara Firdausi (bukan nama sebenar) yang berada di Tanjung Malim, ditujukan khas buat kekasih tersayang, Maya (bukan nama IC) dengan ucapan - sayang, abang terlalu mencintai dirimu, maafkan kesalahan abang yang lalu, percayalah, cinta abang masih kukuh hanya untuk mu…muuuaahhh!”

“Ya, begitulah ucapan saudara Firdausi yang berada di Tanjung Malim untuk kekasihnya Maya. Semoga Maya berada disisi radio ketika ini dan memaafkan Firdausi” tambah DJ itu lagi dengan penuh perasaan.

 

 

Cis! Dj ni pun pandai-pandai je membacakan sms tu dengan penuh emosi. Siap ada muzik latar!

Aku ketawa campur geli. Lawak la. SMS je la terus gadis tu Firdausi  tak yah minta tolong DJ jadi pengantara cinta kau. Memang tu hak mereka, masalahnya ia buat aku ketawa.. belum lagi org lain.. !.

Moral cerita ini ialah, cinta itu boleh buat orang jadi tak keruan. Luahan cinta diradio itulah contoh terbaik untuk Cinta Buatan Malaysia.

Sebut hal cinta dan kasih sayang ini, kalau baca akhbar Sinar atau Harian Metro ke, memang melambak-lambak sangat la kisah harian penduduk Malaysia tentang cinta. Cinta terlarang, cinta dusta, cinta material, cinta palsu, cinta ditolak dan sebagainya. Baru-baru ini aku baca hal cinta seorang inspektor polis dengan seorang perempuan (juga polis). Rombongan pengantin lelaki itu sampai, tapi si perempuan rilek-rilek kat rumah pakai tshirt. Rupa-rupanya pompuan itu masih isteri orang. Hebat tak? Cintaa ooo cinta! Cinta buta.. !

Kisah sedih tentang kehebatan cinta dan kasih sayang ialah tragedi di Gemencheh. Seorang lelaki telah membunuh adik perempuannya, ayah, datuk dan neneknya sendiri. Entah apa sebab, tak siapa tahu. macam-macam teori mereka ada. Tapi yang mengkagumkan aku ialah, beberapa hari selepas ditangkap dan dibawa semula ketempat kejadian, suspek bertemu semula ibunya yang menangis-nangis. Suspek memohon maaf dan ibunya terus memaafkan perbuatan anaknya itu.

Ibunya, yang baru kehilangan anak perempuan, suami dan kedua ibu bapa yang dibunuh kejam oleh suspek beberapa hari yang lalu, terus saja memaafkan dan mengampuni dosa-dosa suspek (anak lelakinya) bila suspek memohon maaf. Hebat tak kekuatan cinta dan kasih ibu terhadap anaknya?

Kasih ibu terhadap anak sedikit tak kurang walau 4 nyawa melayang, kepala ayah sendiri terbang ke Shah Alam..adus, tak dapat aku bayangkan betapa sengsara si ibu. Menangis dan meratapi kematian ngeri anak,suami dan kedua ibubapa serta risaukan pula anak lelaki yanng berada dalam tahanan polis. Bagaimana kasih anak terhadap ibu sekarang ni?

Cinta itu kadang-kadang bagaikan satu tumbukan padu ke muka. Boleh lebam, boleh pengsan dan boleh biol!

 

Betul tak??

 

Lelaki itu cinta hati saya selama 19 tahun…  tak pernah berubah.. :-“

Bookmark and Share

Cerita senyum-senyum…

 

 

Dalam 3 minggu yang lepas :

 

Kawan aku kawen.. aku  hadiahkan dia  “something

 

Selepas balik dari cuti kawen.. aku pun bertanya kepada kawan aku..

 

“ dalam banyak – banyak hadiah kau dapat.. apa hadiah yg kau pakai dulu.. ??

 

Dia cakap :  hadiah kaulah…. Hahaaa

 

-

-

 

Hari ini :

 

Dia sms aku,  katanya aku bakal dapat anak buah….   Tak sia2 dia pakai hadiah aku di malam beradu dia bersama  suami terchenta..

 

Aku tersenyum…  dan cakap tak sia2 juga aku bagi kau baju tidur yang sexy mexy tur…. Yang bikin suami kau geram sepanjang malam…  ;))

 

Tahniah untuk kawan aku dan pasangannya… 

Aku rasa akulah org yg terawal  dr kawan2 lain yang  tahu berita gembira ini…

Yang pastinya… ini rezeki dari Allah… dan bak kata org..  kalo dah usaha hari- hari mesti ada keberhasilannya…. !!

 

Anyways… selamat menghitung hari 9 bulan….  !!

 

 

p/s :  haiyaaa.. mana gambar kawen kamu nih….. !!

 

 

 

 

 

 

Bookmark and Share

WELCOME 2010

 

Berdebar sangat nak ke hujung Disember. Dada laju sahaja daripada semalam. Anak buah aku cakap,  aku   sampai nak  pengsan-pengsan… hahhaa

Tahun 2009 adalah tahun penuh sia-sia dari segi produktiviti. Mungkin sempena itu, kelakuan aku pun entah apa-apa macam orang bodoh maka kehidupan juga dikendalikan dengan cara sebegitu bodoh. 

 

aku suka berfikir hal yang baik sahaja. Aku pernah baca satu artikel yang mengatakan, terlalu optimis juga bukanlah sesuatu yang baik.
Dan kerana aku tidak reti hendak rasa benci.
Terlalu memaafkan juga bukanlah sesuatu yang bagus.
Hendak dikatakan di sini, ADIANA tahun ini 2009 sedikit kecewa dengan diri sendiri. Bagaimana pun, buruk baik, itu tetap diri sendiri bukan.
Tetapi, kerana sentiasa optimis dan tidak tahu mahu benci, aku juga mahu kata, ADIANA, it’s ok.

Kadang-kala aku terlalu menyalahkan diri sendiri atau rasa sebenarnya perkara boleh diperbaiki dan itu dan ini dan itu dan ini.
Akhirnya aku akur bahawa, it’s ok shit happens. Memanglah aku tidak mencari kpada asalnya… tp dah ketentuan HIDUP.. ( ayat pasrah )

Namun bila tidak kemana keluarlah cepat.. bangun .. sedar diri… Berpada-padalah menjadi optimis. Bukan semua perkara adalah dalam kawalan kita. Aku lupa perkara itu.
Tidak reti bahasa, degil tidak bertempat, tidak mahu keluar lagi dari rasa sakit, hari-hari hanya menghitung hari tanpa ada titik.. !

 

 

** Tutup saja cerita  2009.. mau buka buku 2010..

 

Agenda kewangan tahun 2010 mudah sahaja.  Mau cari duit untuk belanja harian, simpanan, melancong dan shopping.

Agenda kareer kerja elok-elok dan buat kerja teliti


Agenda hidup untuk enjoy sepuas-puasnya selagi hidup tanpa lupa TUHAN

 

Agenda cinta - Hati aku kini milik seorang lelaki. Doakan aku, agar dia menjadi milik aku yang hakiki. Aku bukan mahukan seorang LELAKI yang lengkap sempurna, tapi aku perlukan seorang SUAMI yang bersedia, sejiwa dan menerima aku seadanya…Amin.


Dalam waktu yang lima itu, aku selalu mohon kepada Tuhan, agar hati selalu TENANG, dipermudahkan urusan dan berharap jiwa aku tidak kacau terus-terusan.  Dan yang penting KESIHATAN aku yang baik…  kalau dah sakit memanjang semuanya agenda aku pasti tergendala… !

 

Nak ubah sikap jangan degil2 sangat.. “Rupa  tak boleh diubah, kelakuan boleh” Hoooo yeah!!

 

Permulaaan  pertama 2010… call me CIKGU Adiana.. ;-)

 

Hidup mau simple-simple saja .. “Life is simple like that. No worries”

Bookmark and Share

Bila aku berkaroake hingga lupa diri

Bookmark and Share

Rindu

 

 

Kalau hari-hari jumpa kita akan kehilangan satu term paling indah dalam relationship.”

“Apa dia?”

“Rindu.”…
-

-

 

tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.

tak perlu hari2 dekat.
tapi perlu hari2 ingat.

yang penting .. ada yang peduli.. !

 

 

Mood : rindu pada family  dikampung..… my bff.. kekasih hati… dan semua2 yg ada di semenanjung.. !

 

 

 

 

 

Bookmark and Share